Disiplin dan Tatatertib Pelajar

(A) Disiplin

Disiplin amat dititikberatkan di SRITI/SMITI. Setiap tindakan disiplin pelajar oleh guru adalah tertakluk kepada etika dan perlaksanaan yang telah digariskan di dalam Manual Konsep Perlaksanaan Disiplin pelajar SRITI/SMITI.

Manual diadakan bertujuan :

  • Menyelaraskan tindakan yang dibuat kepada pelajar secara lebih tersusun dan seragam
  • Mengelakkan sebarang bentuk tindakan atau hukuman di luar kawalan
  • Memastikan pelajar mengetahui senarai kesalahan dan senarai tindakan dengan jelas
  • Mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah

Secara umumnya, bagi setiap kesalahan, langkah awal kaunseling mestilah diambil terlebih dahulu dengan memastikan perkara-perkara berikut dicapai;

  • Pelajar perlu faham kenapa perbuatan tersebut adalah satu kesalahan
  • Pelajar perlu mengaku secara rela bahawa beliau telah melakukan kesilapan tersebut samada secara sengaja mahupun tidak
  • Pelajar perlu menyatakan 4 pilihan beliau (Menyatakan pilihan manakah yang telah diambil semasa melakukan kesalahan tersebut)
      • Syurga-Neraka
      • Dosa-Pahala
      • Rasul-Syaitan
      • Taat/ ingkar arahan ibu-bapa
  • Pelajar mesti menyesali perbuatan yang dilakukan melalui ikrar atau aku janji
  • Pelajar mesti meminta maaf setiap kelakuan disiplin yang dilakukan

Setelah kaunseling awal tersebut dilaksanakan, barulah hukuman diambil mengikut manual disiplin yang sedia ada.

Bagi kesalahan Sederhana dan Berat, sebarang bentuk kesalahan yang berlaku di luar sekolah dikira seperti kesalahan di dalam sekolah. Tindakan akan dikenakan melalui proses manual disiplin dalam sekolah.

Setiap aduan berkenaan dengan kesalahan Sederhana dan Berat akan disiasat di bawah jawatankuasa disiplin sekolah sebelum tindakan di ambil. Sebarang tindakan pergantungan atau pemberhentian pelajar perlu mendapat kelulusan daripada pihak Lembaga Pengarah.

Aduan bagi kesalahan sederhana dan berat samada di dalam dan di luar sekolah boleh diterima melalui makluman guru, ibu-bapa pelajar, rakan sekelas mahupun orang ramai.

Budibicara pihak sekolah akan digunapakai jika terdapat perubahan ketara terhadap pelajar yang mengulangi kesalahan disiplin.

(B) Tatatertib dan Kesopanan
 Dalam Kelas
  1. Pelajar dilarang mengingkari arahan guru.
  2. Pelajar dilarang membuat bising / bermain sehingga mengganggu orang lain.
  3. Pelajar dilarang keluar tanpa pas keluar atau kebenaran guru.
  4. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan kekemasan kelas.
  5. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata.
  6. Pelajar hanya boleh makan dan minum di dalam kelas dengan keizinan daripada guru.
 Dewan Makan
  1. Pelajar hendaklah berada di dewan makan semasa waktu rehat.
  2. Pelajar dilarang melengahkan masa sebelum / semasa dan selepas makan.
  3. Pelajar dilarang lewat turun ke dewan makan.
  4. Pelajar mestilah menjaga kebersihan dewan makan.
  5. Sisa makanan / minuman / sampah perlu dimasukkan ke dalam tong sampah.
  6. Peraturan dewan makan :
    • Semua pelajar hendaklahmematuhi arahan guru semasa berada di dewan makan.
    • Semua pelajar hendaklah makan secara berjemaah kecuali atas sebab-sebab tertentu.
    • Semua pelajar hendaklah beratur mengambil makanan / duduk / mengamalkan adab-adab sebelum dan selepas makan dan minum.
    • Semua pelajar bertanggungjawab untuk memastikan bekas makanan dan minuman diletakkan di tempat yang disediakan.
 Dewan Solat
  1. Pelajar hendaklah berada di dewan solat semasa waktu solat.
  2. Pelajar hendaklah menepati masa sebelum / semasa dan selepas solat.
  3. Pelajar dilarang membuat bising / bermain sehingga mengganggu orang lain semasa solat.
  4. Pelajar mestilah menjaga kebersihan dewan solat.
  5. Semua pelajar diwajibkan solat secara berjemaah kecuali atas sebab-sebab tertentu.
  6. Semua pelajar hendaklah beratur dengan tertib untuk keluar dewan apabila selesai solat.
(C) Barang Larangan
  • Barang elektronik (telefon bimbit / ipad / ipod / sim card / charger / ear fon / kamera).
  • Sebarang jenis kaset/ CD/ DVD.
  • Bahan bacaan bukan tidak bermoral. Bahan bacaan lain yang tidak berkaitan dengan pembelajaran boleh dibawa asalkan tidak digunakan semasa sesi pembelajaran.
  • Barang perhiasan-gelang /cincin /rantai /subang /gelang kaki /kanta lengkap berwarna/alat solek/ “perfume”/ aksesori perhiasan.
  • Benda-benda tajam dan merbahaya (pisau lipat/ gunting / pembaris besi / senjata tajam / lighter / mancis / lilin / bahan sumber api dan sebagainya).
  • Membawa dan menjual barang jualan komersial.
  • Barang permainan seperti “Brick Games” / “Sony Psp” / kad mainan / daun terup dan Seumpamanya).
  • Membawa wang saku.
  • Pelajar dilarang membawa wang saku untuk tujuan sebarang urusan pembayaran mahupun pembelian disekolah. Hal ini unuk mengelakkan sebarang masalah berlaku seperti kehilangan mahupun kecurian.
(D) Kesalahan
  • Sederhana
    • Salah laku ponteng
    • Pebuatan Vandalisme
    • Keluar dari kawasan sekolah
  • Berat
    • Perbuatan biadab dan tidak senonoh
    • Perbuatan Jenayah

Recent Comments

    Archives

    calendar

    April 2025
    M T W T F S S
    « Feb    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930