- Pendidikan al Quran Sunnah
- Pendidikan Sains
- Pembangunan Insan
1. Pendidikan al Quran Sunnah – adalah subjek yang berkait rapat dengan al Quran iaitu
- Hafazan dan Qiraat
- Feqah (ibadah Khususiyyah ) dan Tauhid (Aqidah)
- Ulumul Quran dan Hadith
- Bahasa Arab
- Jawi
2. Pendidikan Sains – adalah subjek yang berkait rapat dengan sains social dan sains tulin iaitu
- Sains
- Matematik
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
3. Pembangunan Insan adalah berkait rapat dengan pembetukan syaksiah, perkembangan bakat dan perkembangan minda yang dirancang dengan rancangan yang tersusun.
- Akhlak
- Seerah
- Minda
- Aktiviti luar kelas ( ALK )
P&P dalam kaedah ABE menekankan pencapaian sasaran, dan bukan silibusnya. Dengan kata lain, guru diberi kebebasan dari segi penyampaian, bahan, aktiviti asalkan mencapai sasaran. Guru tidak semestinya mengikuti buku teks satu muka surat ke satu muka surat.
ABE memerlukan penilaian berterusan secara komprehensif. Pelajar yang telah mencapai sasaran lebih awal terus diberi tugasan untuk sasaran seterusnya tanpa menunggu pelajar-pelajar lain.
Sasaran ABE mengambilkira keseluruhan aspek pembangunan insan pelajar, di samping aspek akademik biasa. Antara contoh sasaran ABE ialah:
- Membaca al Quran dengan lancar di Tahun 3.
- Selesai fardu ain di akhir Tahun 4.
- Mengimamkan solat Jemaah di rumah di akhir Tahun 4.
- Berani bertanya dan memberi pendapat di akhir Tahun 4.
- Mampu memberi tazkirah dan pengisian di pertengahan Tahun 5.
- Mencari maklumat sendiri mengenai pengajaran dan pembelajaran di Tahun 5.
- Mampu menyempurnakan penyembelihan (ayam/itik) di akhir Tahun 6.
- Mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di Tahun 6 dan Bahasa Arab di Tingkatan 3.
- Menghafaz 30 juzuk al Quran di akhir Tingkatan 3.